Semaniz Chocolate - Sharing Recepi is Caring
Lemon Cheese Cake
Bahan-Bahan topping:
250g Cream Cheese (saya guna brand Philadelphia)
200g Fruit Paste Perisa Lemon ( 2 sudu besar dicampur dalam adunan, selebihnyer untuk hiasan)
100g White Chocolate (cairkan dan biarkan sejuk)
1sudu kecil perahan lemon (yg ni takde pun takpe)
Bahan Base:
150g biskut digestive
sedikit mentega
Cara-cara :
Penyediaan base cheese cake:
Kisar biskut digestive sehingga hancur dan masuk dalam mangkuk.
tambah mentega dan panaskan dalam microware, 5 - 8 saat sahaja.
keluarkan dari microware gaul rata biskus digestive dan mentega tadi.
Peringatan: Jangan letak mentega terlalu banyak untuk mengelakkan base cheese cake menjadi terlalu berminyak.
kemudian masukkan adunan base ini kedalam acuan cheesecake anda.
ketebalan base ikut selera masing2x.
(terpulang untuk buat 1 cheese cake yg besar, atau buat size kecil2x..)
--> klu guna loyang, letak kertas minyak yer, senang nk keluarkan cheesecake nnt
--> klu guna acu lompang, pakai paper cup je terus
--> paling baik guna silikon mold
padatkan adunan base, tekan2 hingga betul2 padat. ketepikan.
Penyediaan topping cheese cake:
masukkan cream cheese dalam mangkuk dan pukul hingga nmpak gebu2 gitu.( klu ada mixer senang sikit, klu takde mmg lenguh sikit tangan)
masukkan perahan lemon dan 2 sudu besar fruit paste lemon, gaul sebati
Masukkan white chocolate
Pukul rata bersama cream cheese tadi hingga sebati.
siap!
Masukkan adunan topping tadi kedalam acuan yg dah siap sedia dgn base tadi.
Isi adunan cheese tadi sehingga hampir penuh.
kemudian penuhkan acuan dgn fruit paste perisa lemon
dan hias ikut kreativi masing2.
dah siap hias, masukkan cheese cake anda dalam peti ais selama 2-3 jam sblm sedia dimakan :)
No comments:
Post a Comment