Pages - Menu

Sunday, March 27, 2011

Apam Dot Dot

Semaniz Chocolate..Sharing recipe is caring..

Apam dot dot

Bahan-bahan
3 biji telur - dari peti sejuk
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150gm susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete (yg ni klu takde pun takpe - fungsinyer utk gebukan lagi apam dot dot ni)
1 sudu kecil esen vanilla ( mengurangkan bau telur)
Filling buah buahan kesukaan anda secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
Pewarna

Cara-cara :
pecahkan telur dalam mangkuk dan pukul hingga kembang
masukkankan gula gaul rata dan pukul hingga kembang
masukkan esen vanila dan baking powder, kacau rata
kemudian masukkan tepung berselang seli dengan susu sampai habis.
gaul rata kesemua adunan





Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
Picitkan filling buah buahan ditengah2 secukupnya.
Picitkan lagi adunan sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.




Tips dari SC:
Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti jadik plak apam mekar!

Note : dah cuba nnt, jgn lupa snap gmbar, dan upload di fanpage SC... :)



No comments:

Post a Comment